Kerjaya dan politik Mohd_Hatta_Ramli

Pada peringkat awal beliau menjadi Pegawai Perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur. Kemudian bertugas sebagai Pegawai kesihatan di Hospital Muar, Johor. Seterusnya sebagai Pegawai Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Pensyarah perubatan di Fakulti Perubatan UKM.
  • Presiden Persatuan Perubatan Islam 1996-1998
  • Setiausaha Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam 1996-1998
  • Naib Pengerusi PIBG MCKK 1994-1996
  • Pengerusi PIBG Sek Tun Fatimah 2000-2002
  • Bantuan kemanusiaan ke Iraq 1991
  • Bantuan kemanusiaan ke Afghanistan 2001
  • Bantuan kemanusiaan ke Iraq 2003
  • Bantuan kemanusiaan ke Aceh 2005
  • Bantuan kemanusiaan ke Pakistan 2005
  • Pemantau Pilihan Raya Timor Timur
  • Pemantau Pilihan Raya Indonesia 1998, 2004
  • Misi pemantau ke Selatan Filipina
  • Pasukan Perubatan Haji 1989, 1990, 1992
  • Pakar Rujuk UNICEF ke Korea Utara, 1993
  • Persidangan Hepatitis B, Cameroon, Afrika Barat, 1991
  • Persidangan Hepatitis B, Geneva Switzerland, 1989
  • Setiausaha Politik mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor
  • Doktor Peribadi mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor
  • Exco Pemuda PAS Pusat
  • Ketua Pemuda PAS Selangor
  • Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor
  • YDP PAS Gombak
  • AJK PAS Pusat
  • Bendahari PAS Pusat, YDP PAS Gombak[3]
  • Bersama-sama dengan Mohamad Sabu dan bekas ahli-ahli PAS yang lain membentuk Parti Amanah Negara
  • Menjadi Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara

Pilihan raya

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon Barisan Nasional - UMNO, Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar dengan majoriti sebanyak 4,984 undi. Beliau memperolehi 23,562 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 18,578 undi.